Seorang Netizen Meninggalkan Komen di Ruangan Media Sosial Fazura Berikutan Kejadian Kereta Rosak Isterinya. Tak Sangka Sungguh Fazura Begitu Orangnya….

Artis Jelita yg sensasi dengan perwatakan menarik ni bukan sahaja cantik di luar malah cantik dari dalam.

 

Mana tak nya,  ada komen di ruangan Lagu Fazura di You Tube , Seorang Netizen yang dikenali sebagai Ain Nol, memuji fazura kerana telah menolong isterinya yg pada masa tersebut telah berhadapan dengan dugaan ‘kereta rosak’..

Loading...

 

Fazura dengan murah hati telah menghulurkan bantuan!.. Awww so sweet of you Faz!.. Tak semua org bila nampak kereta rosak akan berhenti dan hulurkan bantuan. betul tak??

Apa pun Mom salute dengan Fazura, dah la cantik, baik pula tu… Moga Faz akan terus dikagumi ramai dengan peribadi yg mulia ..

Ain Nol : “Faz pernah terserempak dengan wife saya… bersama kakak…kereta rosak dia tlg.. dia bg sdkit duit”

Rata-rata netizen memuji sikap fazura kerana tindakan nya memberikan duit kepada isteri kepada pemandu kereta yg rosak itu,

Alhamdulillah…masih lagi ada artis yang bersikap begini…

sumber:sembangmommy.com

Tahniah! Fattah, Fazura diijab kabul 27 November 2017.. Semoga bahagia hingga ke Jannah.. Amin..

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan mereka sejak 6 petang tadi mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Tingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

 

sumber : mstar via intaimalaysia

Loading...